Monday, September 9, 2019

Our Journey 4D3N in Penang

Hari tu bulan 3 aku ada plan dengan kawan aku Nurul untuk buat short vacay lahhh keng kononnya ke Penang..haha..Penang je la hai..tu ja yang mampu untuk first trip kan..plan punya plan,,maka tibalah hari aku nak p.

DAY 1 (22/04/19)

Aku naik train dari Ktm Sg Petani ke Butterworth..tambang dia masa tu rm2.90 sebab ada diskaun 20% for Malaysian..just show your ic then you'll get discount..waaa..memang jimat lah kan..haha..aku n Nurul jumpak kat ktm Butterworth..sebab dia dari Yan..so sebab org ramai sangat kan dalam train sampai x jumpak laa..sampai ja kat ktm sana kami terus ja p ke laluan feri..naik feri je y'all..tambang feri baru rm1.20 ..sampai ja kat terminal feri Raja Tun Uda tu around 11 lebih macamtu kami ambik bas ke Batu Feringghi sebab hotel kami kat sana..Station Budget Hotel..
Ni gambaq kat depan hotel..
serius wei..murah gila kot..4hari 3 malam baru rm 201 nak2 pulak bahagi 2..lagi mur..mur cik oiiii😂..dah check in apa semua, first place that we're going is Taman Botani..kami ambik grab lah p sana..cantik tempat dia..nak p ootd ja pun sebenaqnya..haha...tapi masa kami sampai sana pun hari macam nak hujan dah..dan la ambik gambaq jugak..
Ok la kan view dia..gambaq x banyak sangat
after that kami p Padang Kota pulak..sebab nak mencekik makanan apa yang ada kat foodcourt Padang Kota Lama tu..aku makan pasemboq..pastu tiba2 laksa pun aku teringin..jadinya dua benda tu aku melantak laa..buruk lantak noh🤣
Ni la laksa yg aku craving sangat tuh🤣

Ni pasemboq bersemboq2
Dekat foodcourt Padang Kota tu ada surau tau..so after makan terus p solat la..dalam pukul 8 lebih camtu kami ambik grab ke terminal bas..cari bas ke Batu Feringghi sebab nak singgah uptown dia..panjang gilaa kot..haha..jalan punya jalan sampai x sedaq laa dah nak dekat dengan hotel kami..kat uptown tu kalau hampa suka beg tangan ka aksesori perempuan laki semua ada..tapi aku cuma beli cap ja..harga rm20 (kena pandai tawaq harga)..pastu kami terus balik hotel la..letih jalan eksesais memalam😂..gambaq uptown dia x dak wei..

DAY 2 (23/04/19)

Lupa aku nak habaq, yg hotel kami stay ni included breakfast taw..
Breakfast roti bakaq with teh o panaihh
Lepas habis ja sarapan kat hotel, kami p Penang Hill..first place for day 2..p hari biasa pun ramai jugak gaiss..bayaran tiket masuk rm12 untuk dewasa..ni kali ketiga aku naik sini..masa sampai atas tu x berapa nak panas..tapi kalau sapa2 nak p standby la payung kecik hat boleh lipat letak dalam beg..nasib kami baik masa tu sebab hari nak hujan..so boleh nampak la kabus yang menutupi permandangan..tapi serius cantik..dengan sejuk masa tu..tapi x dak gambaq yg view tu...kalau hampa perasan belakang kami tu la kabus yang menyelubungi permandangan tu😂
rasa macam lapaq kami pun turun lah p foodcourt dia..aku order manggo ice rm10 dekat kedai Kak Nor kalau x silap aku la nama tu..
Nurul order choc ice apa ntah aku dah lupa😅Habis makan settle ambik gambaq semua kami beratuq naik train turun..lama jugak..sebab nak tunggu org lain beratur sekali..masa dah sampai kat bawah sana tu kami ambik grab p Wonderfood Museum..bayaran rm15 for adult..kat dalam tu hampa boleh ambik gambaq dengan macam2 replika makanan yang besaq gedabak..macam real weii..kalau nak mintak tolong staff situ ambik gambaq hampa pun boleh ja..kat dalam tu ada banyak section..pastikan ambik gambaq yang sehabis cantik taw..haha..
Dia punya food memang besaq gilaaaa

Nampak tak nampak tak🤣

habis puas dah kat Wonderfood Museum, kami p Street Art pulak..sebenaqnya sesat jugak la..kami p jalan kaki ja dari Wonderfood Museum tu..dengan berpandukan apps map maka berjalan la kami tengah panaih masa tu..panas petang kan..x la terik mana..kami jumpak lukisan kucing n budak laki atas moto..tapi tu la..ramai sangat org kat sana so, x jadi la nak ambik gambaq..kami p lukisan yang ada buaian ja..
tu pun ada aunty India yg juai souvenir kat situ tolong ambik kan..kami x suruh taw..aunty tu offer nak tolong ambikkan..tq aunty😉lepas habis dah, kami jalan kaki p terminal bas nak balik hotel..sampai ja bilik nahaii malas nak bangun..letih eksesais kat Street Art tu x hilang lagiiiiiiii😂

DAY 3 (24/04/19)
Hari ke tiga kami adalah p Taman Negara..dulu aku penah p dah..tapi x hiking sampai habis..p sekerat pastu patah balik..ingat kan x jauh..haha..kali ni aku bertekad nak hiking sampai habis..mak oii...

Kena hati2 sebab licin
tinggi oii dia punya tangga..jarak dia p n balik 3km lebih kot..x ingat dah aku pun😅..sejam lebih baru sampai kat Pantai Kerachut..
Sampai dah ni haa...

Kalau sapa2 yang x larat nak balik melalui track hiking tu hampa boleh ambik bot balik..tapi kalau ramai2 murah la..kalau setakat dua orang ja mahai..sanggup hiking lagi🤣🤣🤣dalam pukul 1 lebih kami dah sampai ke laluan keluaq..penat tu laaa...lepas solat kami makan siap2 di kedai depan pintu masuk Taman Negara..
Nahhh penangan hiking gaissss
Settle makan kami ambik grab p Escape Theme Park..sebenaq nya timing lari wei..sebab kami p hiking dulu..aku pun x search dulu tempoh hiking berapa lama..akhirnya berhuhu la kami..kami masuk pun dah pukul 2 lebih..kami just buat aktiviti sikit ja la..macam A-maze, flying lemur, kite flyer pastu yang lelain tu aku x ingat dah nama dia..

Best laa dah penat kannnnn🤣🤣🤣

Tapi yang bahagian ayaq tu kami x masuk..sebab kena sewa suit dia..x ingat harga berapa sewa suit dia..dan sebenaqnya aku pun takut jugak nak main ayaq tu..tinggi gilaaa....kami just dok tepi tu tengok mat salleh buat show ja..hahaha..tapi x pa, lain kali kami p lagi..kali ni berazam nak buat semua aktiviti..hahaha..habis tengok show tu kami pun ambik grab pastu balik hotel..letih nak rehat..you guys kalau plan banyak hari kat penang tu better p escape tu hari last sebab makan masa..hehe..ok..tu saja laa perkongsian aku sepanjang trip ke Penang..serius aku cakap walaupun Kedah ke Penang x jauh tapi banyak tempat lagi di Penang yang x habis aku explore lagi..haha..

DAY 4(24/04/19)
Hari last apa lagi check out je laa.....bye👋

*total perbelanjaan aku sepanjang di Penang tu dalam rm400++ termasuk penginapan/aktiviti/pengangkutan/makan minum

No comments:

Post a Comment