Trip kali ni aku plan dengan mak aku..nak jugak bawak mak aku p jalan2 jauh sikit..aku kalau boleh nak bawak mak aku p semua tempat..tapi itu lah..sesetengah tempat x sesuai untuk mak aku..jadinya aku bawak mak aku p Hatyai ja la...orang kata Hatyai syurga makanan noh..haha..tapi aku pulak x berapa nak food hunting sangat..trip aku kat Hatyai is more to attraction place..jom baca lagi👇
DAY 1 (20/07/19)
Kami keluaq awai sikit p Ktm Sg Petani dalam pukul 6.40 dah keluaq. Sebab train ke Padang Besar pukul 6.59am..harga tiket ke sana aku x ingat dah berapa..dalam rm8++ kot tapi masih dapat 20% lagi taw..hahaha..dengaq diskaun cukup mau noh🤣pagi2 pun ramai dalam train..cuti weekend sama hampa pun..memang la ramai..aku pulak dah la first time ambik cuti weekend p travel..selalu aku akan ambik cuti hari biasa ja..tapi disebabkan floating market kat Hatyai cuma bukak Jumaat-Ahad so terpaksalah ambik cuti unpaid leave..Kami sampai ke Ktm Padang Besar dalam pukul 8 lebih macamtu..Pastu kami p ke bahagian kaunter tiket untuk beli tiket ke Hatyai..masa ni pun timing salah wei..patut nya kami ambik train ke Padang Besar pukul 7.59am dan lah sampai sana nak dekat pukul 9.00 lebih kan..x lah kena tunggu lama sangat nak beli tiket..sebab di sana dah ikut waktu Thailand..kaunter tiket bukak pukul 9.00am..dalam 2 jam jugak lah tunggu..letih weii ramai orang..haha..
Biasalaa first time kan p Hatyai..kalau hampa yang p ramai2 tu suruh lah sorang bawak border pass/passport p ke bahagian isi white card tu..pastu yang lain boleh tunggu untuk beli tiket..kami pun buat macam tu sebab tanya adik yang beratuq depan tu dia cakap sorang tunggu sini sorang p bahagian dalam ambik white card..nasib ada dia..malu bertanya sesat jalan..so kat sini hampa jangan dok malu2 nak bertanya noh ni untuk yang first time p Hatyai la..oh yaa...lepas aku p beratuq ambik white card tu aku tengok staff situ boleh tolong isikan white card kita..laju gila dia tulis😂aku pun apa lagi suruh dia isikan jugak la..bayaran rm2 untuk sekeping white card..kat kaunter sebelah tu jugak boleh tukar duit Thailand..kepada sesiapa yang last minit x dan nak tukar tu boleh tukar kat situ ye..selesai ja bahagian white card tu aku terus p cari mak aku..mak aku tolong belikan tiket..mak aku cakap nak beli tiket tu kena bagi duit Thailand yang kecik..aku p hulur kat mak aku duit besaq..nasib baik ada adik depan tu pakai duit dia dulu..pastu aku bayaq balik la..sebab purse mak aku ada dekat aku..haha..nak pakai duit Malaysia pun boleh taw beli tiket..tu kalau in case hampa x tukar duit Thailand lagi laa...dekat 2jam lebih tunggu untuk cop border apa semua..memang lama ooo kat sini..
![]() |
Ni la border pass..border pass ni untuk negeri2 yang berada di sempadan Thai saja boleh guna..kat dalam tu ada white card n tiket train |
pastu 10.00am lebih baru dapat naik train..train depa hat open window..best weiii..masuk angin🤣dekat tiket train tu ada seat number..aku x taw yang number tu orang x ikut pun..main belasah ja duduk mana..yalaa aku cari seat aku tengok2 ada orang dah..pakcik tu kata duduk ja mana2 x yah ikut seat number..pulak dah😪
![]() |
Open window y'all😌 |
kami sampai di Hatyai dalam pukul 11.30am kalau x silap aku..kami ambik grab untuk ke Kai Tod Decha ni salah satu kedai makan yang halal kat sini..aku taw pun sebab ada baca satu perkongsian dari facebook dia share tempat2 makan yang halal kat Hatyai..after makan kami ambik tuktuk sebab nak p Central Festival Hatyai..tuktuk ni lagi jimat kalau naik ramai2..kami naik pun sebab nak mencuba ja..heee
![]() |
Aku bersama beg di dalam tuktuk..haha |
Then kami pun masuk lah mall tu sebab nak habis kan waktu..yelah nak check in masa tu so bit early..why not we're window shopping dulu kan..haha..tengok jam dah pukul 2 lebih boleh la ambik grab check in hotel..kami stay di The Ring Residence..kena booking kat booking.com..murah dan berbaloi2..bilik dia pun ada kitchen taw..tapi kami x guna pun dapuq tu..harga bilik ni masa aku p untuk 2 malam 1480 baht=rm197++..berbaloi ke idok😌
![]() |
Ni laa bilik dia..x full pun aku ambik gambar bilik niiii |
Lepas dah solat n rehat sikit2, kami naik grab p ke Hatyai Cable Car..nasib kami x baik masa tu sebab cable car x jalan atas faktor cuaca (hujan) tapi kami cuma ambik gambaq kat luaq ja la..tapi view dia cantik wei..sat aku cariii gambaq tu
.
.
.
.
![]() |
Nahhh jumpak dah..hampa tengok belakang view tu.. |
Kami dok kat atas tu lebih kurang sejam kot..sebab tengok view ja..pastu ambik gambaq..gambaq berdua ni aku tangkap pakai stand taw..bukan org yang tolong ambikkan..kalau travel berdua tu make sure hampa beli stand hp untuk tangkap gambaq..x rugi wei beli..
![]() |
Ni kat depan2 pintu nak masuk cable car..boh gambaq sedaih dua palu2🤣 |
Lepas puaih ambik gambaq tu kami bergerak ke Pruksa Park pulekkk...tapi x dak apa pun sana..masa sampai situ hujan turun dengan lebat..tunggu dalam setengah jam baru boleh nak selfie pun..kat dalam tu ada kandang kambing..hampa boleh bagi dia makan..tapi kena bayaq laa kalau nak beli makanan dia tu..
![]() |
see..ni ja gambaq yang sempat kami ambik sebab hujan renyai2 |
Aku nak bagi ada gambaq jaa yang di Pruksa Park tu...kalau hampa nak tengok more picture pasai Pruksa Park tu hampa google laa noh..pukul 5.30 baru kami ambik grab balik ke hotel sebab malam tu kami nak p makan di Asean Night Bazar..lepas maghrib dalam pukul 8 lebih macamtu kami bergerak lah ke Asean Night Market..ramai jugak orang kat sana..tempat makan tu di tingkat atas taw..kat bawah tu depa juai baju2 aksesori dan macam2 lagi lah..aku makan mee hijau tomyam n banana chocolate..harga dia ok ok ja kalau compare dengan duit kita.
![]() |
ni lahh rupa dia makanan tuuuuuu...mee dia color hijau..haha |
Dah kenyang tu kami turun kat bawah yang ada juai2 barang aksesori semua tu..kami x beli apa2 pun..jamu2 mata ja...dah letih jamu mata kami pun balik hotel naik grab..esok tu ada plan dah nak p mana..hiuhiu
DAY 2 (21/07/19)
Hari kedua kami kat sini..tempat pertama untuk harini adalah Chang Puak Camp (elephant camp)..untuk hari kedua ni kami ambik pakej under driver grab..sebab aku rasa macam murah balik..tu yang ambik je lahh..so aku bayaq 1350 baht=rm180++..kira macam sewa kereta la..hampa nak p mana2 semua dia bawak..sebab banyak tempat jugak yang dia list kan..ok..berbalik pada elephant camp tu, aku just bayaq untuk bergambar dengan gajah ja..dalam tu nak bergambar dengan haiwan2 kena bayaq taw..aku teringin nak ride elephant tu..tapi tu lahh..bajet x cukup..berhuhu laa lagi..
![]() |
Chang Puak Camp Hatyai |
![]() |
Nak ambik gambaq dengan gajah ni kena bayaq 100 baht |
![]() |
Ni senarai harga tiket untuk semua aktiviti kat sini |
Settle kami dekat situ, kami bergerak ke Songkhla Central Mosque..masa kami sampai sini sangat panas terik..menyesal pulak x ambik payung driver grab tu..sebab dia ada bagi pinjam..
![]() |
Ni view masjid tu..cantik kan..ada lake depan tu.. |
![]() |
Peace yoww..haha |
Kami dekat sini x lama..sat jaa..sebab kena p tempat seterusnya iaitu sleeping Buddha n satu lagi aku x ingat nama apa replika ikan tu..dia macam landmark la..tempat ni semua x ada lah jauh mana pun..
![]() |
Sleeping Buddha.. |
![]() |
Ni haa ikan yang aku habaq tadi tu..tempat ni tempat nelayan taw.. |
Jom p tempat seterusnya..hampa teka kat mana..kat mana lagi kalau bukan dragon squid..driver grab tu la habaq nama dia..aku x search la apa sejarah naga tu..kalau rajin hampa search sat pastu komen kat bawah tu taw (x dak laa..lawak ja.hee)
![]() |
Ni rupa naga tu weii |
Masa ni panas x kira la..sebab tu kena spare payung kecik dalam beg..huhu..gambaq ni driver grab tolong ambikkan sebab kami singgah sat ja kat sini..ok next place Tangkuan Hill..jom kita p.....
.
.
.
.
Bayaran masuk Tangkuan Hill tu sorang 30 baht..tu tiket untuk naik lif ke tingkat atas..macam Bukit Bendera sikit la..sikit ja la..x banyak..kat atas sana tu boleh nampak view bawah..not bad la..x tinggi sangat..
![]() |
Tiket masuk |
![]() |
Sebab panas kena pakai payung (ni payung encik grab tu..heeee) |
![]() |
Wajib ambik gambaq kat sini sebab ada tulis nama tempat tu..HAHA |
Ok..dah2 la aku cerita sikit ja pasai tempat ni..sebab banyak lagi tempat nak p..macam padat kan jadual untuk hari kedua ni..lepas tu kami bertolak ke Samila Beach..alaa pantai ni hat ada patung mermaid tu..ramai sangat org yang nak ambik gambaq situ..kami tunggu lama gak arrr..lastly dapat jugak..huhu
![]() |
Sipi2 ja gambaq dia..aku lindung sikit sebab dia seksi..HAHA |
Dekat sini jugak hampa boleh tunggang kuda taw..aku x pasti berapa harga dia..aku tengok org tunggang jaa..banyak tempat jugak la depa buat sewa kuda..more detail search pakcik google..lepas lebih kurang sejam kami kat situ, driver grab tu bawak kami p Floating Market..aku habaq kat dia sebab nak makan dekat sana ja..kalau hampa nak solat kat atas tu ada surau taw..so x yah risau untuk yang muslim kalau nak solat..dekat floating market ni macam2 makanan ada..pilih ja nak yang mana..depa juai sambil dok dalam perahu..aku ada record video kat sini tapi x boleh nak upload ada masalah teknikal sikit..hurm..tapi aku belanja gambaq makanan dah la noh...
![]() |
Hat ni ja aku beli.. |
X mau beli banyak2 sangat satgi takut x habis..hat dalam bekas buluh tu ayaq teh ais..perghhh!!!dia punya teh ais kaw weiii...sedap tu arrr...lupa aku nak habaq yang depan tempat depa niaga tu ada meja kerusi so hampa2 yang beli makanan boleh duduk situ makan..settle bab makan kami gerak ke kedai cenderahati..nama kedai tu Keysorn Souvenir.
Kat dalam ni hampa boleh beli baju, kaychain, kraft tangan, n macam2 lagi la..aku cuma beli keychain ja habuan untuk member tempat keja..HAHA..ni tempat last aku p untuk hari kedua..pastu apa lagi balik hotel rehat ler..penat gila weiii!!!!
DAY 3 (23/07/19)
Kami check out masa tu dalam pukul 11..sebab aku nak singgah Nora Plaza..sambil2 tunggu grab dan la ambik gambaq dulu kat depan hotel ni.
![]() |
Ni port helok sikit nak ambik gambaq |
Gambaq full hotel ni x dak sebab x expect nak buat blog ni..tapi next time travel aku nak ambik gambaq banyak2 la..sambung balik pasai Nora Plaza. Kat sana pun lebih kurang macam Keysorn jugak la tempat beli cenderahati..aku ada beli baju situ untuk abg aku..tiba2 aku teringat awat la aku x beli kacang2 kat Keysorn semalam..sebab kacang kat sini murah sikit berbanding tempat kita..pastu apa lagi, kami pun ambik grab p pasaraya makro kalau x silap aku..dia dok dekat2 area Hatyai railway station. Tengok jam pun macam sempat lagi..aku beli serba sikit la kacang2 tu..elok dah habis bayaq semua baru kami jalan kaki p stesen keretapi..nasib kami baik sebab train x jalan lagi..ikut2 lewat jugak kami sampai situ..lepas beli tiket terus pecut naik train..kalau terlepas train pukul 2 tu aku rasa pukul 7 pulak laaa baru boleh balik..
Dalam pukul 3 lebih sampai dah kami kat Ktm Padang Besar..dekat sana kami kena tunggu train ke Butterwoth untuk balik ke Sungai Petani..dalam pukul 6 lebih baru sampai kat umah..Alhamdulillah berjaya jugak kami dua beranak sampai ke Hatyai..
*untuk yang first time p sana hampa kena beli kad sim travel taw..aku x beli kat sana sebab dah beli kat Shoppee..pastu jangan lupa beli plug travel jugak..kat sana plug x sama macam kat tempat kita ni..
*total perbelanjaan kami dua orang selama 3hari 2malam tu dalam rm900++ (aku convert siap2 duit kita n duit depa)
No comments:
Post a Comment