Friday, November 1, 2019

Our Journey 4D3N in Terengganu

Lamanya rasa x update apa2 dalam blog ni..maklumlah busy keja kan..hahahaha..ok, blog kali ni aku nak cerita pasai percutian aku ke Terengganu Darul Iman..kat Terengganu ni banyak tempat2 yang best taw..macam biasa la aku p dengan travel partner aku Nurul..kami bertolak dari Sungai Petani ke Kuala Terengganu pukul 10.30pm..kami ambik vip seat..selesa sikit nak tidoq..haha..harga tiket bas SP ke KT rm46.50 untuk  seorang..perjalanan ke sana ambik masa lebih kurang 7 jam jugak la..sebab ada stop kat Pengkalan Hulu singgah toilet n makan2..tapi kami x makan pun masa tu..

DAY 1 (06/10/19)
Dalam pukul 5.45 macamtu kami pun sampai la di terminal bas Kuala Terengganu..excited gila kot sebab sampai kat tempat orang kan..turun ja dari bas kami p surau dulu untuk solat subuh..surau kat tingkat atas taw hampa..pastu pukul 8 pagi baru kami gerak p cari kedai makan..cari lah sangat padahal kedai ada kat bawah tu ja..hahaha..serious talk makan kat sini memang murah gila..sedap pun sedap..aku makan nasik minyak ayam masak merah+sirap baru rm4.00 weh..nasik pun banyak ayam pun besaq..memang puas hati la..
Aku makan hat ni la..dappp oooo

Settle makan semua kami ambik grab untuk check in hotel..aku ambik Star Season Hotel..aku book kat booking.com..sebenaqnya check in pukul 2 tapi aku dah tanya reception hotel tu nak masuk awai..dia cakap boleh tapi ada caj la sejam rm10..dalam 5 jam rm50 la..kami ok ja..janji boleh masuk awai..haha..sampai ja kat hotel tu aku p tanya kat reception tu yang aku ada call tadi..pastu dia cakap extra caj x perlu..sebab ada bilik kosong masa tu..aku macam terharu sangat..yela x payah bayaq dah kan untuk extra caj tu..hotel ni untuk 2 malam harga rm156.00..bahagi dua dengan Nurul lagi murah la der..haha..dapat ja kunci kami p tuju terus la bilik kami..lif x dak taw..kena eksesais sikit naik tangga..bilik dia ok la..sesuai dengan percutian bajet kami..

Ni haa bilik n bathroom diaaa

Sebelum p mana2 petang tu kami rehat2 dulu sampai pukul 1.00pm..pukul 2.00pm baru kami siap2 untuk p ke Muzium Terengganu..ni tempat pertama untuk hari pertama taw..kami ambik grab p sana..sampai ja sana kami ambik gambaq palu2 kat kawasan bawah..cantik view kawasan situ..nak masuk ke muzium tu hampa kena naik tangga hat tinggi tu taw..

Tangga ni la aku kata tuuu..kena eksesais..ahaks

Kat atas sana tempat beli tiket..tiket masuk untuk dewasa rm5..kat dalam tu pelbagai bahan sejarah ada..nak list pun memang banyak la..
Ni antara peninggalan yang ada kat dalam muzium ni

Settle kami kat muzium, kami bergerak ke Pantai Batu Buruk pulak..kat sini kami lunch+dinner..aku makan nasik ayam penyet+sirap harga dia rm7.00..murah kan..kan aku dah kata..sebenaqnya aku list kan pantai ni sebab nak ambik gambaq dekat buaian yang depa letak kat pantai tu..tapi x ada la...rupanya depa dah buang sebab ada kes orang jatuh dari buaian ka macam mana x pasti la..kami cuma ambik gambaq kat tepi pantai je la..tapi pantai dia pun cantik..petang2 pulak lagi best sebab x panas..

Nasik ayam penyet+sirap


Dah puas berselfie semua kami naik grab balik hotel..

Day 2 (07/10/19)
Kami bertolak ke Pasar Kedai Payang untuk sarapan dulu sebelum naik bot ke Seberang Takir..aku makan roti canai+teh tarik..memang padu lah..roti dia perghhh lembut gila..total yang aku makan tu baru rm2.60..serius murah..

Roti canai+teh tarik

Lepas makan, kami ke Jeti Shahbandar tunggu bot untuk ke Seberang Takir..tambang ke sana rm1 untuk sehala..masa yang diambil untuk ke seberang x sampai 15 minit pun..sat ja wei..tup2 dah sampai..hahaha..dari Jeti Seberang Takir kami cuma jalan kaki ja untuk ke Miami Beach..lebih kurang 15 minit sampai la kat pantai tu..dia punya pantai ala2 kat Miami..cantik gilerr doh..masa kami sampai tu panas jangan cakap la..nasib aku memang bawak payung..haha..

Miami Beach viewwww
Jambatan angkat viewwww

Masjid Kristal viewwww

Selesai kami ambik gambaq kat situ, kami jalan kaki sikit untuk ambik gambaq berlatarbelakangkan jambatan angkat..tapi aku x masuk pun dalam dia..aku x sure dalam tu ada apa..kami ambik gambaq kat situ pun x lama sangat sebab panas kan..pastu kami ambik grab untuk ke Masjid Kristal..kami sampai kat sana lebih kurang pukul 12 lebih kalau x silap..sempat ambik gambaq dan tinjau sekeliling masjid..cantik weh..tepi tu ada tasik ka laut x ingat dah..haha..angin dia sepoi2 bahasa..kat situ ada kerusi batu..hampa boleh la dok rehat2..sambil menghayati keindahan kat sini..settle kat sini,  kami ambik grab ke terminal bas untuk beli tiket bas ke Kuala Besut..dah settle beli kami jalan kaki ja balik ke hotel..x da jauh sangat..10 minit ja..dalam pukul 3.30pm camtu baru kami keluaq balik untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pantai Teluk Ketapang..kami ke sini sebab nak cari sotong celup tepung ja..haha

Sedap kalau makan panas2..nyummmyyy


X boleh nak jalan lama sangat kat sini..sebab hujan dah rintik2 masa tu..dan jugak la lepak2 kat pantai dan yang penting selfie tu wajib..hahaha..lepastu kami bertolak ke Pasar Kedai Payang yang pagi tadi kami p makan tu..kali ni kami p sebab nak beli keropok ikan..pagi tadi tu x beli siap2 sebab nak p berjalan banyak tempat lagi kan..sedap keropok ikan depa..rasa dia lain dari tempat kita..masa kami sampai situ pun ada kedai dah nak tutup..sebab depa tutup pukul 5.30pm..tapi kalau ada customer depa x tutup lagi..lepas beli keropok, aku beli kain batik kat mak aku..ok la kain dia baru rm15..lepas dah membeli belah tu kan kami p Chinatown pulak..jalan kaki ja sambil mengusung keropok2 yang dibeli..hahaha..rugi la kalau x mai sini..sebab nak ambik gambaq kat payung yang banyak2 tu..hahaha..nasib baik x dak orang masa kami sampai tu..

Nak selfie kat sini jer..
Dah siap ambik gambaq, kami ambik grab untuk balik ke hotel..dalam pukul 8.30pm lepas isyak macamtu kami ke Pantai Batu Buruk lagi..kali ni kami p untuk dinner..kami makan di foodcourt..makanan dia berbaloi murah..aku makan lontong+sirap baru rm6.80..

Lontong+sirap

Lanje selfie sikitttt

Masa kami makan tu ada busker dok nyanyi..so layannnn sambil makan..hahaha..selesai makan kami melepak sat kat tepi tu..kat pantai x boleh lepak sebab gelap..aku tengok pun seram..hahaha..lama jugak la kami kat sana..sambil ambik angin malam kan..yela..malam ni last kat Kuala Terengganu..esok pagi dah nak gerak ke Kuala Besut dah..dalam pukul 11.00pm baru kami balik ke hotel.

Day 3 (08/10/19)
Kami check out awai sikit dari time sebenar..sebab bas ke Kuala Besut pukul 8.30pagi..so lepas check out kami ambik grab ke terminal bas..perjalanan dari terminal Kuala Terengganu ke terminal Kuala Besut dalam 1jam lebih..sampai ja kami di terminal Kuala Besut kami jalan kaki ke Jeti Kuala Besut..lupa nak habaq hari 3 kami ke Pulau Perhentian..aku ambik pakej by Perhentian Venture..pakej yang aku ambik ni termasuk penginapan, bot pergi dan balik dan aktiviti snorkeling..hampa boleh search di ig kat sana banyak agent yang buat pakej ke Pulau Perhentian..bulan 10 last depa open trip ke Pulau Perhentian..start bulan 11 pulau tutup sebab musim tengkujuh..aku x ingat bot yang kami naik tu pukul berapa..aku agak dalam pukul 11 macamtu kot..untuk ke Pulau Perhentian makan masa lebih kurang 1 jam lebih..naik bot laju wei..jaga2 hat pakai tudung takut terbang..kena pegang elok2 wei..hahaha..sampai ja kat jeti apa nama x taw kami pun turun..melilau jugak mata aku cari mana Fatimah Chalet ni..hahaha..akhirnya jumpak jugak..aku deal dengan agent ni semua dalam wasap ja wei..masa kami sampai kat chalet tu dia kata masuk bilik no 2..memang ada kunci siap2 kat bilik tu..kami pun apa lagi terus masuk..gambaq bilik pun x sempat nak snap..rehat pun sat ja masa tu sebab pukul 2.00pm kena p snorkeling..panas terik kot time tu..hahaha..tepat pukul 2.00pm tu kami p ke jeti yang kami turun masa sampai tadi..bot dah tunggu untuk bawak kami snorkeling..bot tu kami 2 orang ja yang ada..macam private lah sangat kan..hahahahahaha..kami dibawa snorkeling ke 5 point..point yang pertama ada ikan2..mula2 masuk dalam ayaq aku panik jugak la wei..yela x pandai berenang even pakai life jacket pun..haha..lawak la..take time jugak la nak biasakan diri..yang penting jangan panik taw..next,point ke dua ada penyu..point ketiga ada jerung..point keempat x ingat and last point is Lata Air Berani..kat point last ni wajib ambik gambaq kat signboard tu taw..




Maaf ler gambaq ikan n penyu x dekkk..gambaq sis ja ada..aku ada record masa menyelam tu..tapi x bileh nak upload video..x taw kenapa..aktiviti snorkeling kami berakhir lebih kurang pukul 4.30pm..pukul 4.30pm gerak ke jeti untuk balik ke chalet..malam dalam pukul 9.00pm baru kami keluaq cari makan wei..lapaq gilaaa..kami makan kat Amelia Cafe..aku makan nasi goreng cendawan+milo ais+mineral botol besaq rm19..

Sebab harga dia mahai aku makan sampai habisss

Jangan terkejut hampa..tempat pelancongan macam ni memang mahai sikit..so kena spare duit lebih sikit la..sebab aku x ambik pakej yang sekali dengan makan..aku ingat yang fireshow tu ada setiap malam..malam tu tengok x dak pun..mungkin depa buat malam minggu kot..sebab aku tengok orang x ramai pun masa aku p..ok jugak x ramai..senang sikit nak selfie ka apa ka kan..haha..

Nobody at here....

Day 4 (09/10/19)
Last day kat sini..aktiviti last kami kat sini ialah hiking ke windmill..kalau dari chalet kami dok tu kena lalu kot Ombak Resort..sebab situ ada track untuk ke windmill..tapi track dia sampai kat Long Beach ja..dari situ hampa kena lalu kot area pantai sampai lah hampa jumpak signboard kincir angin tu..dah jumpak tu hampa kena hiking wei..bagi aku penat jugak la..haha..lama kot x hiking last masa hiking kat Penang haritu ja..masa hiking tu hampa jangan risau takut sesat ke apa..sebab depa dah lekat penanda arah untuk kincir angin..hampa cuma perlu ikut tanda tu ja..untuk sampai kat atas tu makan masa dalam 30 minit macam tu la..kalau hampa hiking tanpa stop rasanya 15minit ja kot..after sampai tu hampa kena panjat dan turun tangga pulak untuk tengok view yang cantik tu..tapi x boleh p sampai hujung sebab tangga dia ada yang rosak..bahaya sikit la..risiko tanggung sendiri noh..




Lepas dah ambik gambaq kat bawah tu kami naik atas balik rehat dekat pondok yang depa sediakan tu..dalam pukul 2 baru kami keluar dari kincir angin tu..masa nak turun tu sat ja..15 minit camtu sampai la kat bawah..mungkin sebab x guna tenaga yang banyak masa turun kan..kami sampai kat chalet rehat sat..kemas apa yang patut then check out pukul 3.30pm..pukul 4 kami tunggu bot untuk ke Jeti Kuala Besut..bila dah selamat sampai ja kat jeti tu kami singgah beli sourvenir sikit untuk bawak balik..selesai beli kami ambik grab ke terminal bas Kuala Besut..sampai ja sini benda pertama cari adalah makanan..haha..lapaq kot wei..selesai makan kami ke surau dulu untuk solat dan rehat sat sementara tunggu bas kami jalan..tepat pukul 9.00pm bas bergerak meninggalkan Kuala Besut..kami selamat sampai di Sungai Petani masa tu pukul 4am lebih dan Alhamdullilah berjaya jugak sampai sana walaupun naik bas..

*total perbelanjaan aku sepanjang kat sana termasuk penginapan (KT)+makan dan minum+grab+tiket bas pergi dan balik+tiket muzium+pakej Pulau Perhentian=RM394.10/pax

*peralatan wajib bawak kalau bercuti

Saturday, September 21, 2019

Tips How to Make Itinerary

Hello gais..ecewehh..speaking pulak aku..haha..so harini aku nak share cara2 nak buat itinerary atau tentatif program untuk yang suka p travel..ni cara aku laa..tapi x pasti la cara hampa pulak macam mana kan..first sekali hampa kena search dulu tempat2 menarik yang ada di negeri atau tempat yang hampa nak p tu..benda ni penting taw sebab kita kan x penah sampai lagi kat situ..so mudah lah untuk kita rancang perjalanan kita tu..benda kedua yang hampa perlu buat ialah kira jarak dari satu tempat ke tempat yang seterusnya..aku selalunya kalau nak p travel mana2 aku akan search jarak antara tempat2 menarik  tu kat dalam distance calculator..hampa boleh tukar country lain kalau hampa p travel selain dari Malaysia..


Lepas hampa dah buat distance calculator tu, hampa akan dapat taw jarak semua tempat..dari situ mudah la hampa nak susun tempat mana yang akan hampa p dulu..kalau boleh hampa p tempat yang jauh dulu..pastu last sekali baru p tempat yang dekat sikit..kalau yang 100% pakai public transport atau grab aku sangat recommend la hampa search dulu jarak tu..kalau pakai transport sendiri x dak masalah kan..benda ketiga hampa perlu buat ialah kira bajet untuk satu2 tempat yang hampa p tu..contohnya hampa p melawat muzium, hampa kira la harga tiket dia berapa..hampa kena kira semua harga tiket tempat yang hampa p tu..tapi ada ja certain2 tempat yang free of charge..pastu untuk transport kalau x taw rate dia berapa hampa buat anggaran pun x pa..maksudnya hampa letak rm50 untuk transport..ni anggaran untuk ke tempat2 yang hampa search tadi ja la..kalau 2 orang means rm100 lah..banyak dah tu..silap2 lagi kurang dari rm100 tu kan..bab penginapan aku syorkan hampa booking ja dalam booking.com..sebab bagi aku lah booking dalam tu senang sikit..sebab hampa boleh pilih hotel mana yang tak perlu bayaq pendahuluan..selalunya aku akan pilih hotel yang payment bayaq masa check in..bukan apa satgi tiba2 x jadi p ka rugi pulak sebab dah bayaq deposit tu kan..huhu..kalau nak lagi jimat ambik hotel yang included breakfast..last sekali baru hampa selit2 tempat makan dan tempat beli cenderahati..sebab bila dah settle hampa susun semua pasai tempat lawatan tu hampa boleh la susun tempat makan yang berdekatan dengan tempat2 yang hampa melawat tu..simple😊

Wednesday, September 11, 2019

Our Journey 3D2N in Hatyai

Trip kali ni aku plan dengan mak aku..nak jugak bawak mak aku p jalan2 jauh sikit..aku kalau boleh nak bawak mak aku p semua tempat..tapi itu lah..sesetengah tempat x sesuai untuk mak aku..jadinya aku bawak mak aku p Hatyai ja la...orang kata Hatyai syurga makanan noh..haha..tapi aku pulak x berapa nak food hunting sangat..trip aku kat Hatyai is more to attraction place..jom baca lagi👇

DAY 1 (20/07/19)
Kami keluaq awai sikit p Ktm Sg Petani dalam pukul 6.40 dah keluaq. Sebab train ke Padang Besar pukul 6.59am..harga tiket ke sana aku x ingat dah berapa..dalam rm8++ kot tapi masih dapat 20% lagi taw..hahaha..dengaq diskaun cukup mau noh🤣pagi2 pun ramai dalam train..cuti weekend sama hampa pun..memang la ramai..aku pulak dah la first time ambik cuti weekend p travel..selalu aku akan ambik cuti hari biasa ja..tapi disebabkan floating market kat Hatyai cuma bukak Jumaat-Ahad so terpaksalah ambik cuti unpaid leave..Kami sampai ke Ktm Padang Besar dalam pukul 8 lebih macamtu..Pastu kami p ke bahagian kaunter tiket untuk beli tiket ke Hatyai..masa ni pun timing salah wei..patut nya kami ambik train ke Padang Besar pukul 7.59am dan lah sampai sana nak dekat pukul 9.00 lebih kan..x lah kena tunggu lama sangat nak beli tiket..sebab di sana dah ikut waktu Thailand..kaunter tiket bukak pukul 9.00am..dalam 2 jam jugak lah tunggu..letih weii ramai orang..haha..

Biasalaa first time kan p Hatyai..kalau hampa yang p ramai2 tu suruh lah sorang bawak border pass/passport p ke bahagian isi white card tu..pastu yang lain boleh tunggu untuk beli tiket..kami pun buat macam tu sebab tanya adik yang beratuq depan tu dia cakap sorang tunggu sini sorang p bahagian dalam ambik white card..nasib ada dia..malu bertanya sesat jalan..so kat sini hampa jangan dok malu2 nak bertanya noh ni untuk yang first time p Hatyai la..oh yaa...lepas aku p beratuq ambik white card tu aku tengok staff situ boleh tolong isikan white card kita..laju gila dia tulis😂aku pun apa lagi suruh dia isikan jugak la..bayaran rm2 untuk sekeping white card..kat kaunter sebelah tu jugak boleh tukar duit Thailand..kepada sesiapa yang last minit x dan nak tukar tu boleh tukar kat situ ye..selesai ja bahagian white card tu aku terus p cari mak aku..mak aku tolong belikan tiket..mak aku cakap nak beli tiket tu kena bagi duit Thailand yang kecik..aku p hulur kat mak aku duit besaq..nasib baik ada adik depan tu pakai duit dia dulu..pastu aku bayaq balik la..sebab purse mak aku ada dekat aku..haha..nak pakai duit Malaysia pun boleh taw beli tiket..tu kalau in case hampa x tukar duit Thailand lagi laa...dekat 2jam lebih tunggu untuk cop border apa semua..memang lama ooo kat sini..
Ni la border pass..border pass ni untuk negeri2 yang berada di sempadan
Thai saja boleh guna..kat dalam tu ada white card n tiket train

pastu 10.00am lebih baru dapat naik train..train depa hat open window..best weiii..masuk angin🤣dekat tiket train tu ada seat number..aku x taw yang number tu orang x ikut pun..main belasah ja duduk mana..yalaa aku cari seat aku tengok2 ada orang dah..pakcik tu kata duduk ja mana2 x yah ikut seat number..pulak dah😪



Open window y'all😌

kami sampai di Hatyai dalam pukul 11.30am kalau x silap aku..kami ambik grab untuk ke Kai Tod Decha ni salah satu kedai makan yang halal kat sini..aku taw pun sebab ada baca satu perkongsian dari facebook dia share tempat2 makan yang halal kat Hatyai..after makan kami ambik tuktuk sebab nak p Central Festival Hatyai..tuktuk ni lagi jimat kalau naik ramai2..kami naik pun sebab nak mencuba ja..heee
Aku bersama beg di dalam tuktuk..haha


Then kami pun masuk lah mall tu sebab nak habis kan waktu..yelah nak check in masa tu so bit early..why not we're window shopping dulu kan..haha..tengok jam dah pukul 2 lebih boleh la ambik grab check in hotel..kami stay di The Ring Residence..kena booking kat booking.com..murah dan berbaloi2..bilik dia pun ada kitchen taw..tapi kami x guna pun dapuq tu..harga bilik ni masa aku p untuk 2 malam 1480 baht=rm197++..berbaloi ke idok😌



Ni laa bilik dia..x full pun aku ambik
gambar bilik niiii
Lepas dah solat n rehat sikit2, kami naik grab p ke Hatyai Cable Car..nasib kami x baik masa tu sebab cable car x jalan atas faktor cuaca (hujan) tapi kami cuma ambik gambaq kat luaq ja la..tapi view dia cantik wei..sat aku cariii gambaq tu
.
.
.
.
Nahhh jumpak dah..hampa tengok belakang view tu..


Kami dok kat atas tu lebih kurang sejam kot..sebab tengok view ja..pastu ambik gambaq..gambaq berdua ni aku tangkap pakai stand taw..bukan org yang tolong ambikkan..kalau travel berdua tu make sure hampa beli stand hp untuk tangkap gambaq..x rugi wei beli..
Ni kat depan2 pintu nak masuk cable car..boh gambaq sedaih dua palu2🤣
Lepas puaih ambik gambaq tu kami bergerak ke Pruksa Park pulekkk...tapi x dak apa pun sana..masa sampai situ hujan turun dengan lebat..tunggu dalam setengah jam baru boleh nak selfie pun..kat dalam tu ada kandang kambing..hampa boleh bagi dia makan..tapi kena bayaq laa kalau nak beli makanan dia tu..

see..ni ja gambaq yang sempat kami ambik sebab hujan renyai2
          

Aku nak bagi ada gambaq jaa yang di Pruksa Park tu...kalau hampa nak tengok more picture pasai Pruksa Park tu hampa google laa noh..pukul 5.30 baru kami ambik grab balik ke hotel sebab malam tu kami nak p makan di Asean Night Bazar..lepas maghrib dalam pukul 8 lebih macamtu kami bergerak lah ke Asean Night Market..ramai jugak orang kat sana..tempat makan tu di tingkat atas taw..kat bawah tu depa juai baju2 aksesori dan macam2 lagi lah..aku makan mee hijau tomyam n banana chocolate..harga dia ok ok ja kalau compare dengan duit kita.

ni lahh rupa dia makanan tuuuuuu...mee dia color hijau..haha

Dah kenyang tu kami turun kat bawah yang ada juai2 barang aksesori semua tu..kami x beli apa2 pun..jamu2 mata ja...dah letih jamu mata kami pun balik hotel naik grab..esok tu ada plan dah nak p mana..hiuhiu

DAY 2 (21/07/19)
Hari kedua kami kat sini..tempat pertama untuk harini adalah Chang Puak Camp (elephant camp)..untuk hari kedua ni kami ambik pakej under driver grab..sebab aku rasa macam murah balik..tu yang ambik je lahh..so aku bayaq 1350 baht=rm180++..kira macam sewa kereta la..hampa nak p mana2 semua dia bawak..sebab banyak tempat jugak yang dia list kan..ok..berbalik pada elephant camp tu, aku just bayaq untuk bergambar dengan gajah ja..dalam tu nak bergambar dengan haiwan2 kena bayaq taw..aku teringin nak ride elephant tu..tapi tu lahh..bajet x cukup..berhuhu laa lagi..


Chang Puak Camp Hatyai
Nak ambik gambaq dengan gajah ni kena bayaq 100 baht

Ni senarai harga tiket untuk semua aktiviti kat sini
Settle kami dekat situ, kami bergerak ke Songkhla Central Mosque..masa kami sampai sini sangat panas terik..menyesal pulak x ambik payung driver grab tu..sebab dia ada bagi pinjam..

                                   
    Ni view masjid tu..cantik kan..ada lake depan tu..
Peace yoww..haha
Kami dekat sini x lama..sat jaa..sebab kena p tempat seterusnya iaitu sleeping Buddha n satu lagi aku x ingat nama apa replika ikan tu..dia macam landmark la..tempat ni semua x ada lah jauh mana pun..
Sleeping Buddha..

Ni haa ikan yang aku habaq tadi tu..tempat ni tempat nelayan taw..

Jom p tempat seterusnya..hampa teka kat mana..kat mana lagi kalau bukan dragon squid..driver grab tu la habaq nama dia..aku x search la apa sejarah naga tu..kalau rajin hampa search sat pastu komen kat bawah tu taw (x dak laa..lawak ja.hee)
Ni rupa naga tu weii

Masa ni panas x kira la..sebab tu kena spare payung kecik dalam beg..huhu..gambaq ni driver grab tolong ambikkan sebab kami singgah sat ja kat sini..ok next place Tangkuan Hill..jom kita p.....
.
.
.
.
Bayaran masuk Tangkuan Hill tu sorang 30 baht..tu tiket untuk naik lif ke tingkat atas..macam Bukit Bendera sikit la..sikit ja la..x banyak..kat atas sana tu boleh nampak view bawah..not bad la..x tinggi sangat..

Tiket masuk
Sebab panas kena pakai payung (ni payung encik grab tu..heeee)

Wajib ambik gambaq kat sini sebab ada tulis nama tempat tu..HAHA

Ok..dah2 la aku cerita sikit ja pasai tempat ni..sebab banyak lagi tempat nak p..macam padat kan jadual untuk hari kedua ni..lepas tu kami bertolak ke Samila Beach..alaa pantai ni hat ada patung mermaid tu..ramai sangat org yang nak ambik gambaq situ..kami tunggu lama gak arrr..lastly dapat jugak..huhu
Sipi2 ja gambaq dia..aku lindung sikit sebab dia seksi..HAHA

Dekat sini jugak hampa boleh tunggang kuda taw..aku x pasti berapa harga dia..aku tengok org tunggang jaa..banyak tempat jugak la depa buat sewa kuda..more detail search pakcik google..lepas lebih kurang sejam kami kat situ, driver grab tu bawak kami p Floating Market..aku habaq kat dia sebab nak makan dekat sana ja..kalau hampa nak solat kat atas tu ada surau taw..so x yah risau untuk yang muslim kalau nak solat..dekat floating market ni macam2 makanan ada..pilih ja nak yang mana..depa juai sambil dok dalam perahu..aku ada record video kat sini tapi x boleh nak upload ada masalah teknikal sikit..hurm..tapi aku belanja gambaq makanan dah la noh...

Hat ni ja aku beli..

X mau beli banyak2 sangat satgi takut x habis..hat dalam bekas buluh tu ayaq teh ais..perghhh!!!dia punya teh ais kaw weiii...sedap tu arrr...lupa aku nak habaq yang depan tempat depa niaga tu ada meja kerusi so hampa2 yang beli makanan boleh duduk situ makan..settle bab makan kami gerak ke kedai cenderahati..nama kedai tu Keysorn Souvenir.


Kat dalam ni hampa boleh beli baju, kaychain, kraft tangan, n macam2 lagi la..aku cuma beli keychain ja habuan untuk member tempat keja..HAHA..ni tempat last aku p untuk hari kedua..pastu apa lagi balik hotel rehat ler..penat gila weiii!!!!

DAY 3 (23/07/19)
Kami check out masa tu dalam pukul 11..sebab aku nak singgah Nora Plaza..sambil2 tunggu grab dan la ambik gambaq dulu kat depan hotel ni.

Ni port helok sikit nak ambik gambaq

Gambaq full hotel ni x dak sebab x expect nak buat blog ni..tapi next time travel aku nak ambik gambaq banyak2 la..sambung balik pasai Nora Plaza. Kat sana pun lebih kurang macam Keysorn jugak la tempat beli cenderahati..aku ada beli baju situ untuk abg aku..tiba2 aku teringat awat la aku x beli kacang2 kat Keysorn semalam..sebab kacang kat sini murah sikit berbanding tempat kita..pastu apa lagi, kami pun ambik grab p pasaraya makro kalau x silap aku..dia dok dekat2 area Hatyai railway station. Tengok jam pun macam sempat lagi..aku beli serba sikit la kacang2 tu..elok dah habis bayaq semua baru kami jalan kaki p stesen keretapi..nasib kami baik sebab train x jalan lagi..ikut2 lewat jugak kami sampai situ..lepas beli tiket terus pecut naik train..kalau terlepas train pukul 2 tu aku rasa pukul 7 pulak laaa baru boleh balik..
Dalam pukul 3 lebih sampai dah kami kat Ktm Padang Besar..dekat sana kami kena tunggu train ke Butterwoth untuk balik ke Sungai Petani..dalam pukul 6 lebih baru sampai kat umah..Alhamdulillah berjaya jugak kami dua beranak sampai ke Hatyai..


*untuk yang first time p sana hampa kena beli kad sim travel taw..aku x beli kat sana sebab dah beli kat Shoppee..pastu jangan lupa beli plug travel jugak..kat sana plug x sama macam kat tempat kita ni..
*total perbelanjaan kami dua orang selama 3hari 2malam tu dalam rm900++ (aku convert siap2 duit kita n duit depa)